Najib Beri Penghormatan Kepada Para Ibu

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Ibu hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada ibu beliau, Tun Rahah Mohd Noah dan semua ibu lain, serta mengucapkan kepada mereka 'Selamat Menyambut Hari Ibu'.

Perdana Menteri juga berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan beliau mencium tangan ibunya dalam paparan melalui laman Twitternya.

Najib berkata tiada yang lebih mulia daripada peranan seorang ibu.

Tun Rahah, 81, mendirikan rumah tangga dengan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak ketika berusia 19 tahun dan Tun Razak berusia 30 tahun.

Mereka dikurniakan lima anak lelaki dan Najib merupakan anak sulung.

Anak-anak mereka yang lain ialah Ahmad Johari, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohd Nazir.

Melalui paparan Twitter itu juga, Najib berkongsi kesedihan beliau dengan para ibu 276 pelajar sekolah Nigeria yang diculik kumpulan militan Boko Haram.

"Ketika menyambut Hari Ibu ini, kita terkenang kepada ibu 276 pelajar perempuan Nigeria yang diculik Boko Haram baru-baru ini," tulis beliau.

Pelajar berkenaan dilarikan dari asrama sekolah pada malam 14 April di sebuah kampung bernama Chibok di timur laut negeri Borno berhampiran sempadan Cameroon ketika mereka menduduki peperiksaan.

Lima puluh daripada mereka berjaya melarikan diri, tetapi nasib selebihnya tidak diketahui.

Awal bulan ini pemimpin Boko Haram Abubakar Shekau mengancam menjual kanak-kanak itu, yang beliau sifatkan sebagai hamba, untuk dijadikan isteri.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Hari Ibu

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan