Kematian Penumpang AirAsia X Akibat Serangan Jantung, Bukan Mers-CoV

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang jemaah umrah dalam pesawat D7 171 AirAsia X semasa dalam perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada Jumaat malam bukan disebabkan jangkitan 'Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil pemeriksaan bedah siasat dijalankan terhadap mayat lelaki warganegara Indonesia berumur 64 tahun itu mendapati punca kematian akibat serangan jantung.

"Jenazah kes kematian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan sampel telah dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh untuk menentukan penyebab kematian.

"Memandangkan kes baru pulang daripada mengerjakan umrah, sampel juga telah diambil untuk ujian saringan bagi jangkitan MERS-CoV dan didapati negatif untuk MERS-CoV," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata hasil maklumat diperolehi mendapati lelaki warga emas berkenaan sebelum itu mengalami gejala demam, batuk, sukar bernafas dan kurang selera makan selama beberapa hari semasa berada di Tanah Suci dan pernah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sana.

"Semasa dalam penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur, beliau telah mengalami kesukaran untuk bernafas dan kemudiannya meninggal dunia," katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan melaksanakan aktiviti pencegahan serta kawalan MERS-CoV mengikut pelan tindakan yang ditetapkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Antaranya mendapatkan maklumat lengkap tentang kesemua kontak rapat kepada kes dan menjalankan disinfeksi pesawat mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

Selain itu, kementerian turut menjalankan saringan demam terhadap kesemua 244 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat sama serta mengedarkan 'Home Assessment Tool' dan 'Health Alert Card' kepada penumpang bergejala dan kontak rapat kepada kes.
Tags / Kata Kunci: AirAsia X , MERS-CoV

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan