Fama Lancar Pasar Tani Masjid Pertama di Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) melancarkan Pasar Tani Masjid perintis di pekarangan Masjid Bandar Baru Air Itam di sini sebagai inisiatif mengimarahkan masjid menerusi aktiviti keusahawanan.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, mengikut perancangan pasar tani masjid akan dibuka di setiap negeri.

"Mana-mana masjid yang berminat untuk menganjurkan pasar tani, mereka boleh memohon kepada Fama di negeri masing-masing untuk berbuat demikian, kita memang mengalu-alukannya," katanya.

Pasar Tani Masjid ini memberi ruang kepada usahawan untuk menambah pendapatan dan mereka perlu merebut peluang disediakan ini selain mengimarahkan masjid, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pasar Tani Masjid itu dan Pasar Bergerak 1Malaysia (PB1M) Pulau Pinang, Sabtu.

Beliau berkata PB1M yang berperanan mengedarkan barangan keperluan terus kepada penguna akan dilancarkan di wilayah Timur dan wilayah Tengah Ogos ini.

"PB1M merupakan mekanisme pengedaran barang kawalan kepada pengguna serta menjadi premis bergerak yang berperanan mempromosi dan memasarkan hasil pertanian dan produk keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Setakat ini, kita telah ada tiga buah PB1M di seluruh negara iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Johor," kata Badruddin.

Di Pulau Pinang antara lokasi PB1M adalah di Taman Bertam Indah, Rumah Pangsa Tun Dr Awang, Bagan Ajam serta di Flat Ampang Jajar, Taman Sri Janggus dan Flat Desa Wawasan di Bukit Mertajam.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan