Tidak Tanding di Parlimen Bukit Gelugor Bukan Kerana Takut Kalah

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 11:16 PM

Liow Tiong Lai
(Ubah saiz teks)

BIDOR: Keputusan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bukan bermakna parti itu takut menghadapi kekalahan, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebaliknya, beliau berkata parti itu mempunyai agenda yang amat penting iaitu mahu menumpukan perhatian kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
 
"Kami turut mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi serta keputusan untuk tidak bertanding dibuat dengan restu parti komponen Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan malam di sini hari ini.
 
Walaupun tidak bertanding pada kerusi tradisi parti itu, Liow berkata parti itu akan terus memberi khidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Gelugor.
 
"Kami kini dalam proses transformasi. Kami kini cedera dan perlu pulih dengan segera," katanya.
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, mendiang Karpal Singh menewaskan calon MCA Teh Beng Yeam dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 42,706 undi.
Tags / Kata Kunci: MCA , Parlimen Bukit Gelugor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan