BN Tidak Harus Jadikan Isu Hudud Jejaskan Perpaduan Parti - Kayveas

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 10:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus membiarkan isu hudud menjejaskan perpaduan dalam BN, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.

Beliau berkata isu itu sebenarnya adalah masalah Pakatan Rakyat.

"...perkara ini (hudud) merupakan masalah Pakatan Rakyat dan mereka yang patut menyelesaikannya," katanya ketika berucap merasmikan pejabat baharu Bahagian PPP Setiawangsa di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden PPP yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

DAP dalam manifesto pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas menyatakan ia akan membenarkan PAS melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam.

Manifesto itu ditandatangani Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan pejabat tersebut, beliau berkata ia merupakan langkah PPP bagi memastikan parti itu lebih dekat dengan ma
Tags / Kata Kunci: BN , hudud

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan