Tiada Cadangan Kurangkan Jemaah Haji - Jamil Khir

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

YAN:Tiada sebarang cadangan untuk mengurangkan bilangan jemaah haji tahun ini berikutan meningkatnya wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, walaupun diakui wabak MERS-CoV semakin banyak dikesan ketika ini, tetapi belum ada arahan terutama daripada pihak berkuasa di Arab Saudi untuk mengurangkan bilangan jemaah.

Beliau berkata, apa yang dilakukan ketika ini adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga selain mengharapkan suntikan yang diambil bagi mengelakkan jangkitan berkaitan radang paru-paru.

"Ini kita dapatkan kerjasama Kementerian Kesihatan. Kita cadangkan tambahan kepada suntikan yang diambil oleh mereka yang tunaikan umrah dan haji. Ini sedang diberikan perhatian.

Kita tak cadang pun untuk kurangkan kuota (haji). Kuota sekarang pun amat terhad berbanding senarai menunggu yang sangat panjang. Kuota haji kita kekal 22,300," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini, Sabtu.

Jamil Khir berkata, tiada juga arahan daripada kerajaan Arab Saudi bahawa warga emas dan kanak-kanak tidak dibenarkan menunaikan haji bagi mengelakkan mereka dijangkiti wabak itu.

"Mereka tak sebut tidak benarkan, mereka hanya sebut tidak galakkan warga emas dan kanak-kanak untuk ke sana. Tetapi di Malaysia kita ada kaedah sesiapa nak tunaikan haji kena ada buku kesihatan.

"Berdasarkan buku kesihatan itu kita pantau keadaan kesihatan mereka. Bukan masalah umur. Jika mereka ada penyakit bergantung kepada kebenaran Kementerian Kesihatan iaitu nasihat doktor dan pakar. Kalau sihat walaupun berusia boleh pergi," katanya.

Jamil Khir berkata, beliau juga berharap jemaah yang menunaikan umrah supaya memberi perhatian kepada aspek kesihatan ketika mereka berada di tanah suci bagi mengelakkan jangkitan MERS-CoV.

"Saya dapat laporan daripada penganjur-penganjur umrah bahawa mereka telah hentikan lawatan ke tempat yang menjadi punca utama jangkitan iaitu ladang unta dan bintang ternakan," katanya.

Setakat ini MERS-CoV meragut lebih 100 nyawa di Arab Saudi. Malaysia merekodkan kematian pertama pada 13 April lalu selepas seorang lelaki berusia 54 tahun dijangkiti penyakit itu ketika mengerjakan umrah pada Mac.

Mangsa yang berasal dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail susulan pneumonia yang teruk akibat jangkitan MERS-CoV.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan