Senarai Pendek Calon DAP Teluk Intan Diumum Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: DAP Perak akan mengemukakan senarai pendek calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan kepada panel pemilihan calon jawatankuasa pusat parti selepas hari penamaan calon Parlimen Bukit Gelugor. 

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, "Calon DAP itu dijangka diumumkan oleh setiausaha agung parti, Lim Guan Eng sebelum 19 Mei, iaitu tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Teluk Intan". 

Dalam satu kenyataan hari ini, Nga berkata mesyuarat DAP negeri di sini semalam memutuskan melantik setiausahanya Wong Kah Woh, yang juga Adun Canning sebagai pengarah kempen. 

Timbalan pengerusi DAP negeri V. Sivakumar dan setiausaha pemuda DAP negeri Howard Lee dilantik sebagai pengerusi bersama jawatankuasa kerja pilihan raya kecil itu. 

Nga berkata Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan rapat umum di Kampung Bahagia, Changkat Jong, Teluk Intan pada 18 Mei, sehari menjelang penamaan calon. 

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian anggotanya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser. 

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Seah mengalahkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional (BN) dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.
Tags / Kata Kunci: DAP , Parlimen Teluk Intan

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan