Zahid Bidas Ahli Politik Perjuang Hak Penjenayah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

SELAMA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas ahli politik yang menggunakan ilmu undang-undang untuk memperjuang hak asasi penjenayah tanpa menghiraukan hak asasi anggota dan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, dengan kelayakan undang-undang yang ada, ahli politik seperti ini turut membangkitkan hak asasi penjenayah di Dewan Rakyat dan pentas politik yang lain.

"Kita mahu bertanya di mana hak asasi anggota polis yang terbunuh ketika bertugas membanteras jenayah dan anggota keluarga mereka?," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, Jumaat.

Kompleks IPD Selama bernilai RM49.1 juta yang dibina atas kawasan seluas 4.5 hektar itu merangkumi bangunan pentadbiran, kediaman pegawai dan anggota, tadika serta kemudahan lain.

Ia diserahkan Kementerian Dalam Negeri kepada PDRM secara rasmi pada 21 Februari 2013 dan telah memulakan operasinya.

Beliau berkata, ahli politik berkenaan patut turut mengambil kira nasib polis dan memberi (perhatian) kepada hak asasi mereka kerana polis juga adalah rakyat negara ini dan berhak diberi hak asasi.

Ahmad Zahid berkata, undang-undang yang ketat dan tegas membantu negara dalam mengurangkan serta mengatasi jenayah.

"Namun ia tidak cukup 'menakutkan' penjenayah dan belum dapat membuka mata serta minda masyarakat dalam usaha polis memerangi jenayah secara komited," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa meletakkan harapan tinggi kepada PDRM untuk memberi perkhidmatan yang lebih unggul dan kini kepuasan pelanggan menjadi tanda aras utama kepada tahap kecekapan dan kewibawaan sesebuah jabatan.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa usaha menangani krisis keyakinan dan persepsi negatif hanya akan berhasil dengan adanya lonjakan dalam prestasi PDRM di samping pasukan itu perlu mendekati rakyat dalam satu gerakan memenangi hati dan sokongan masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, perkhidmatan PDRM sentiada berdepan cabaran baharu di era globalisasi terutama dengan perkembangan teknologi maklumat.

"Perkembangan IT perlu ditangani segera dan berkesan demi menentukan pasukan polis terus relevan.

"PDRM secara tidak langsung terjebak dalam krisis keyakinan akibat persepsi negatif masyarakat. Oleh yang demikian usaha terus dilakukan dalam pengurusan persepsi demi menjernihkan imej polis di mata masyarakat," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan