Pemilihan PKR: Kem Azmin-Saifuddin Berentap

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 9:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon kem Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilihat bersaing hebat dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini memasuki minggu ke tiga, sejak pengundian bermula pada 25 April lalu.

Calon kontroversi, Mohamed Azmin Ali hampir pasti mempertahankan jawatan Timbalan Presiden apabila kedudukan terkini undian menunjukkan dua lagi pencabarnya ketinggalan dengan majoriti lebih 3,000 undi.

Bagaimanapun, calon Naib Presiden dari kem Ahli Parlimen Gombak masih tidak dapat memintas calon kem Saifuddin yang masih mengungguli kerusi jawatan itu apabila Nurul Izzah Anwar mendahulului 11 calon lain.

Penguasaan kem Mohamed Azmin bagaimanapun dapat dilihat pada saingan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua Wanita parti apabila calon pilihannya, Amiruddin Shari dan Zuraida Kamaruddin mendahului pencabar lain.

Keputusan terkini sehingga 4 Mei lalu menunjukkan Ahli Parlimen Gombak itu kini berada di zon selesa selepas memperoleh 9,876 undi mendahului Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat 6,217 undi, manakala Saifuddin yang juga Setiausaha Agung parti mencatat 5,717 undi.

Bagaimanapun, keputusan muktamad akan hanya diketahui sepenuhnya selepas 17 cabang bermasalah mengadakan pemilihan semula seperti mana diputuskan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), selain undian di Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor yang akan diadakan hujung minggu ini.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Presiden pula, tiga calon dari kem Saifuddin masih menduduki tangga teratas dengan Nurul Izzah kekal mendahului apabila memperoleh 13,013 undi.

Dua lagi calon lain yang berada di belakang Nurul Izzah ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mendapat 11,845 undi, manakala Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli menerima 10,561 undi.

Kumpulan yang menggunakan tema 'Masa Depan Bersama' itu diekori rapat calon dari kem Mohamed Azmin di bawah slogan 'Keadilan Raya' dengan Baru Bian memperoleh 7,210 undi, Shamsul Iskandar Mohd Akin (7,161) dan Dr Xavier Jayakumar (6,776).

Jawatan Ketua AMK menyaksikan saingan sengit apabila Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves mendahuli pencabarnya, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan kelebihan hanya 79 undi selepas mendapat 1,619 undi.

Sementara Nik Nazmi yang dikaitkan berada di kem Saifuddin berjaya memperoeh 1,540 undi sehingga kini meninggalkan seorang lagi pencabar iaitu Mohd Nazree Yunus yang mendapat 1,036 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita, pertandingan satu lawan satu menyaksikan Ahli Parlimen Ampang yang juga penyandang jawatan belum dapat dipintas pencabar tunggalnya apabila menerima 3,180 undi, meninggalkan Exco Selangor, Rodziah Ismail yang memperoleh 2,626 undi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan