Umno Masih Parti Unggul - Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 11:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keupayaan Umno mengekalkan reputasi sebagai parti Melayu yang unggul merupakan satu pencapaian besar bagi parti itu.

Beliau berkata walaupun Umno masih diterima, namun sokongan terhadapnya kelihatan berkurangan dan parti itu perlu mengambil iktibar daripada keadaan itu.

"Kalau kita perhatikan, parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan, hampir semua tidak ada sekarang ini. Semua dah luput dah, ditolak oleh rakyat. 

"Tapi Alhamdulillah, Umno masih lagi diterima walaupun sokongan nampak sudah berkurangan sedikit. Kalau ia (Umno) tak ambil iktibar daripada (keadaan) ini, membetulkan keadaan, kemerosotan sokongan mungkin akan berterusan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ulang tahun ke-68 penubuhan Umno pada 11 Mei ini dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku mewah berjudul "Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990" di Kementerian Pertahanan di sini, petang tadi.

Dr Mahathir menasihatkan para pemimpin Umno supaya mendengar apa yang disebut oleh rakyat terutamanya parti lawan. 

"Tetapi janganlah kita pula layan sangat parti lawan ni kerana dia ada tujuan nak bagi jatuh kerajaan. 
 
"Tapi kalau kita tidak ambil peduli tentang teguran, mungkin kita akan terus kehilangan sokongan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Umno , Mahathir Mohamad

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan