PRK Teluk Intan: Presiden Gerakan Paling Layak

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Parti Gerakan Pulau Pinang menyokong supaya Presidennya, Datuk Mah Siew Keong dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Pegerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata, Jawatankuasa Perhubungan Gerakan menyokong penuh Mah dicalonkan kerana pengalaman beliau yang pernah berkhidmat di kawasan berkenaan selama dua penggal.

"Presiden Gerakan adalah calon yang paling layak untuk dipilih di Teluk Intan dan kami menyokong penuh pencalonan beliau," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata, Gerakan Pulau Pinang akan menubuhkan satu pasukan khas dengan seramai 80 petugas untuk membantu jentera pilihan raya di Teluk Intan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, akibat kanser, 1 Mei lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon, manakala 31 Mei hari pengundian.

Bagaimanapun Chang Yeow berkata, beliau akan menghormati keputusan calon yang akan ditentukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mengenai PRK Parlimen Bukit Gelugor, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri, berkata pihaknya akan bermesyuarat dengan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pada Jumaat.

"Gerakan akan menyokong penuh calon BN di Bukit Gelugor tetapi keputusan calon terpulang kepada MCA dan saya masih menunggu maklum balas daripada mereka," katanya.

Terdahulu, Mei Fun dalam sidang media berasingan berkata, sebagai sebuah parti politik, MCA sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Mengulas laporan akhbar Cina mengenai BN tidak akan bertanding di PRK Bukit Gelugor, Chew berkata itu hanya spekulasi.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, akibat nahas jalan raya dan SPR menetapkan 12 Mei sebagai hari pencalonan manakala 25 Mei hari mengundi.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan