Kaji Sama Ada Hutan Belum-Temenggor Boleh Diiktiraf Unesco - PM

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak dan agensi berkaitan mengkaji sama ada Hutan Hujan Belum-Temenggor di sini boleh mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia Unesco.

Beliau berkata, sekiranya hutan berkeluasan 300,000 hektar itu memenuhi kriteria sebagai tapak warisan dunia, kerajaan akan berusaha untuk membangunkan kawasan itu bagi meningkatkan kunjungan pelancong ke kawasan yang dipenuhi pelbagai spesies flora dan fauna itu.

"Bila ada klasifikasi sebagai tapak warisan dunia Unesco, akan ada nilai ekonomi dan ramai pelancong akan datang ke sini tetapi mesti dibawa secara yang terancang dan dikawal rapi, kita nak pelancongan yang berkualiti," katanya ketika merasmikan fasa kedua Belum Rainforest Resort di sini, Jumaat.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar; Menteri Kerja Raya; Datuk Fadillah Yusof dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Md Zain.

Najib berkata, Hutan Hujan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun itu, lebih tua daripada Hutan Amazon dan terkenal dengan keunikan spesies biodiversiti yang hampir pupus, selain tumbuhan berunsur perubatan dan nilai terapeutik berharga.

"Saya lihat spesies hornbill (enggang) di sini lebih banyak daripada Sarawak. Ini sesuatu yang kita tidak tau, dari segi keindahan flora dan fauna, ada unsur perubatan, nilai terapeutik yang sudah tentu merupakan anugerah Ilahi kepada kita yang mesti kita hargai," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyumbang sebanyak RM2.5 juta kepada Emkay Group membangunkan kawasan ini sehingga menjadikannya sebuah daripada resort unik yang membolehkan pengunjung menghayati keindahan alam semula jadi.

"Tan Sri Mustapha Kamal telah membelanjakan lebih RM100 juta untuk bangunkan Belum Rainforest Resort ini dan segala cabang yang berkaitan dengannya. Ini bukan sesuatu yang mudah, beliau mempunyai semangat yang tinggi kerana pelaburannya untuk memulangkan hasilnya kepada komuniti, negara dan yang lebih penting untuk generasi akan datang," katanya.

Beliau berkata, pelaburan itu bukanlah berasaskan keuntungan sahaja, tetapi lebih kepada mendidik anak bangsa untuk mencintai warisan dan menerapkan kesedaran untuk menghargai keunikan ekosistem di hutan itu.

Najib turut menggalakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara supaya terlibat dalam penyelidikan di Pulau Banding Rainforest Research Centre bersama dengan IPT dan saintis luar negara untuk mengkaji alam semula jadi Belum-Temenggor.

Najib berkata, beliau teruja apabila berpeluang melawat tempat menarik di sekitar hutan hujan itu, antaranya perkampungan Orang Asli, iPlay Toy Library di Kampung Semelor dan Green Ranger Malaysia di Banding Base Camp dan menyifatkan lawatan itu sebagai pengalaman unik yang bermakna.

Katanya, hutan hujan itu turut membangkitkan nostalgia kerana ayahanda beliau Tun Abdul Razak merupakan orang yang bertanggungjawab membuka Empangan Temenggor pada 1974.

"Apa yang agak menarik bahawa satu konsep yang berpaksikan pada soal keselamatan dalam memerangi ancaman komunis telah bertukar kepada konsep baharu iaitu bagaimana kita boleh menjadikan Hutan Belum ini sebagai satu pemangkin kepada budaya untuk mencintai alam sekitar dan warisan negara ini.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Mustapha Kamal kerana telah memulakan inisiatif yang bermakna untuk negara dan generasi akan datang," katanya.

Hutan Hujan Belum-Temenggor mempunyai empat hutan simpan iaitu Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Belum, Hutan Simpan Temenggor dan Hutan Simpan Gerik.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan