Kes Culik: Sabah Kuatkuasa SOP Kawal Bot Asing

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 6:19 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Susulan tiga insiden penculikan di pantai timur Sabah dalam tempoh enam bulan lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan penguatkuasaan 'Laluan Ditetapkan' di sepanjang perairan Sabah bermula Jumaat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, perisytiharan itu seiring keputusan Kabinet dan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Sabah untuk mengambil semua langkah perlu dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan perairan di pantai timur negeri ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

"Enam pelabuhan yang dikenal pasti sebagai tempat pintu masuk ialah pelabuhan Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau yang terletak dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dan pelabuhan Kota Kinabalu," katanya.

Sehubungan itu, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Laluan Ditetapkan untuk mengawal selia bot asing yang keluar masuk perairan negeri ini turut dikuatkuasakan atau dilaksanakan kerajaan negeri.

"Perisytiharan Laluan Ditetapkan itu merupakan kaedah untuk memantau pergerakan bot asing keluar masuk perairan Sabah, mencegah pelanggaran perundangan Malaysia dengan memberi fokus kepada aspek keselamatan, kawal selia aktiviti perdagangan serta keselamatan pelayaran.

"Laluan Ditetapkan itu juga akan membantu pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan maritim negara mengawal pergerakan bot asing di perairan Sabah, menentukan pergerakan bot lebih teratur dan terlibat dalam aktiviti sosio-ekonomi yang sah sahaja," katanya.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi taklimat susulan mesyuarat penyelarasan penguatkuasaan SOP tersebut melibatkan pelbagai agensi keselamatan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek.

Musa, yang juga Pengerusi Esscom, berkata SOP Laluan Ditetapkan yang diisytiharkan itu, antara lain, bertujuan memastikan keseragaman dalam pelaksanaan penguatkuasaan Laluan Ditetapkan, di samping pemantauan penguatkuasaan secara bersepadu dan sistematik.

"Kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb tahun lepas dan tiga insiden penculikan dalam tempoh enam bulan lepas menuntut usaha memperketatkan kawalan perairan perbatasan pantai negeri Sabah, sekali gus mengelak kejadian serupa berulang," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan