21,000 Pelajar KPTM Sertai Sukarelawan 1M4U

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 7:22 PM

Irmohizam di majlis pelancaran 1M4U Outreach Centre di KPTM, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Seramai 21,000 pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kini bergelar sukarelawan 1Malaysia For Youth (1M4U) dengan penubuhan Outreach Centre pertubuhan itu di sembilan cawangan kolej berkenaan di seluruh negara.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah IM4U, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, penyertaan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan ahli 1M4U kepada 1.221 juta orang.

Katanya, ketika ini, 1M4U mempunyai 374 Outreach Centre terutama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh Malaysia.

"Buat masa ini, kebanyakan ahli 1M4U terdiri daripada pelajar di IPTA kerana mereka memiliki segala plaftorm dan kemudahan lengkap untuk menjalankan apa jua bentuk aktiviti kesukarelawan.

"Kita tidak hadkan kepada golongan mahasiswa sahaja. Namun, kita juga galakkan lebih ramai penyertaan golongan belia untuk membimbing mereka ke arah melakukan aktiviti berfaedah," katanya selepas merasmikan 1M4U Outreach Centre di KPTM cawangan Kuala Lumpur, di sini, Jumaat.

Irmohizam berkata, program ini turut disertai belia dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Komuniti, Politeknik dan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di New York, Tokyo serta Jakarta.

Ketika ditanya mengenai konsep aktiviti kesukarelawan 1M4U, Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata kebanyakan program diadakan mengikut citarasa remaja masa kini dan berbentuk positif.

"Sebagai contoh di KPTM, saya difahamkan program 'Run For Life' merupakan satu aktiviti sukarelawan berbentuk sukan dalam menggumpul dana untuk mengisi tabung bagi penyakit Talesimia," katanya.

Beliau berkata, program berbentuk sukarelawan ini akan membantu belia membina jati diri, meningkatkan keyakinan dan kebolehpasaran graduan dalam memenuhi pasaran tenaga kerja.

"Program ini akan digerakkan secara agresif kerana ia akan dijadikan sebagai penanda aras dalam menggerakan negara supaya setanding dengan negara luar terutamanya, Amerika Syarikat (AS)," katanya.

Sementara itu, Imorhizam berkata, pihaknya masih lagi mengenalpasti calon ikon baharu dikalangan orang muda berusia 35 tahun ke bawah yang berjaya di peringkat negara dan antarabangsa.

"Setakat ini, lebih 10 calon dikenalpasti tetapi kita nak ikon yang holistik. Maksudnya bukan dari kalangan mahasiswa tapi juga wartawan yang menyumbang di peringkat antarabangsa dan aktivis media sosial asalkan mereka membawa nama 1M4U yang mengetengahkan perkara positif demi pembangunan negara," katanya.

Malah, beliau berkata, kumpulan aktivis yang bergerak secara aktif juga akan dipertemukan dengan Perdana Menteri untuk mewujudkan hubungan erat dan dijadikan sebagai sebahagian daripada ikon negara dalam konteks kesukarelawan.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan