Bekas Ketua Pengarah JPA Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 2:44 PM

Tandatangan bekas Ketua Pengarah JPA yang meninggal dunia awal pagi Jumaat

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Rozhan Kuntom meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 4 pagi Jumaat.

Allahyarham yang berusia 82 tahun, memegang jawatan Ketua Pengarah JPA ke-13 mulai 1 Ogos 1985 hingga 26 Jan 1987.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang mewakili seluruh warga JPA mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham.

Mohamad Zabidi berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya perkhidmatan awam di Malaysia.

Rozhan, bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan, mendapat pendidikan awal di Johor, kemudian meneruskan pengajiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar seterusnya menyambung pelajarannya di Universiti of Malaya di Singapura.

Anak kelahiran Muar, Johor itu memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kluang Johor, kemudian berkhidmat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan menjawat pelbagai jawatan tinggi lain sehingga 1963.

Solat jenazah disempurnakan di Masjid Umar Al Khattab dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat, hari ini.


Tags / Kata Kunci: Tan Sri Rozhan Kuntom , JPA , IJN

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan