Pengakhiran Gembira Jacintha Temui Keluarga Selepas 10 Tahun Berpisah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 7:21 AM

Wajah gembira Jacintha (kiri) apabila akhirnya bertemu semula dengan ibunya, A. Pillomina selepas berpisah selama 10 tahun. Foto SIA HONG KAU / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rumah dua bilik di pangsapuri itu kecil dan sesak didiami lapan orang, tetapi bagi Jacintha Santhanam yang tidak bertemu keluarganya selama 10 dan terpaksa hidup di rumah orang tua yang sangat kotor, ia dianggap sebagai 'rumah paling sempurna' buatnya.

Jacintha, yang ditinggalkan oleh pengendali rumah orang-orang tua di Taman Wahyu di sini kemudiannya diselamatkan, mengukir senyuman buat kali pertama pada bulan selepas bertemu semula dengan keluarganya di rumah mereka di Bandar Baru Sentul.

Ketika wartawan The Star dan jurukamera melawat beliau di rumah keluarganya, beliau tersenyum ceria dan mengalu-alukan kedatangan mereka, pertama kali orang akan melihatnya berbuat begitu sejak beliau diselamatkan pada Januari lalu.

Beliau sebelum ini kelihatan tidak bermaya dengan wajah yang sayu, malah selepas pulih dari menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Baru.

Pada Rabu lalu, akhirnya disahkan bahawa Jacintha yang dikenali sebagai Jesssica ketika beliau diselamatkan bersama empat yang lain merupakan kakak kepada S. Arokiam, 48, dan S. Pusparaj, 42, yang tampil ke hadapan untuk menuntut beliau.

Ujian DNA sebelum ini dilakukan antara Jacintha dan ibunya A. Pillomina.

Ia merupakan pengakhiran gembira buat Jacintha apabila beliau mengeluarkan kad pengenalan baharu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikutan pengesahan DNA yang dilakukan dan kembali bersatu bersama keluarganya.

Arokiam dan Pusparaj tampil bagi menuntut kakak mereka yang lama menghilang selepas membaca tentang Jacintha yang diselamatkan dalam laporan The Star pada Januari lalu.

Jacintha bersama adik ipar perempuannya, S.Kaithri menunjukkan kad pengenalan dan sijil kelahiran baharu miliknya di Hospital Kuala Kubu Baru. Foto AZLINA ABDULLAH / THE STAR

Selepas menerima MyKad di Hospital Kuala Kubu Baru pada Rabu lalu, Jacintha dibawa pulang oleh Arokiam pada Khamis.

Pillomina, 73, berkata, beliau gembira apabila Jacintha kembali pulang ke pangkuan keluarga.

"Ketika dia melihat kami, dia dapat mengenali kami dengan cepat. Malah dia ingat nama panggilan keluarganya Jigle," katanya.

Pillominia berkata, beliau turut gembira mengenai keadaan kesihatan Jacintha sekarang berbanding sewaktu keluarganya melihat gambar anaknya itu di dalam surat akhbar.

"Sewaktu kami melihat dia di dalam surat khabar pada Januari lalu, dia kelihatan lemah dan kurus. Keadaan dia lebih baik sekarang," kata Pillomina, sambil menambah bahawa keluarganya menghantar Jacintha untuk tinggal di rumah kerana dia tidak dapat bercakap sejak dilahirkan.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak dapat berjumpa dengan Jacintha selepas itu.

Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Mohd Yazid Ramli berkata, sampel DNA Jacintha dan ibu Arokiam sepadan 99.9%, mengesahkan bahawa Jessica adalah Jacintha.

"Selepas menyiasat dan membuat ujian DNA, kami mengeluarkan satu sijil kelahiran baharu dan MyKad baharu untuk dia," katanya selepas menyerahkan MyKad tersebut kepada Jacintha. 

Arokiam, yang mengatakan Jacintha merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik, menambah bahawa beliau lega apabila kakaknya akhirnya menerima MyKad baharu.

"Sekarang dia boleh tinggal bersama ibu dan keluarga kami," katanya.

Jacintha merupakan seorang sahaja yang tinggal di hospital selepas tiga daripada lima penghuni rumah itu - Lai Looi, 59, Muniandy Parasuraman, 64, dan Ah Meng, 64, dibawa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Rumah Seri Kenangan di Ulu Kinta, Perak manakala seorang lagi, Leong Soo Ah, 60, tinggal bersama anak perempuannya.



Tags / Kata Kunci: Jacintha , S. Arokiam , S. Pusparaj , A. Pillomina

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan