Razif Mungkin MB Baharu Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 8:31 AM

Abdul Razif Abdul Rahman new

Abdul Razif Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hampir pasti bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman akan menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Beberapa sumber memberitahu The Star bahawa Abdul Razif, yang juga anggota exco, diminta untuk bersiap sedia untuk menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka berkata, arahan untuk Abdul Razif supaya bersiap sedia bermakna bahawa beliau harus berada di Kuala Lumpur untuk menerima surat itu.

Abdul Razif berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat exco mingguan pada Rabu.

"Beliau berlepas ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Beliau menerima panggilan dari Putrajaya pada malam Selasa meminta beliau supaya berada di Kuala Lumpur hari ini (Khamis)," tambah sumber itu.

Abdul Razif, 49, merupakan salah seorang daripada dua Adun dikatakan akan dilantik menjadi Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Seorang lagi adalah Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45.

Perubahan mengenai jawatan Menteri Besar di Terengganu itu timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada pilihan raya umum yang lepas.

BN hanya memenangi 17 kerusi negeri manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat manakala ia berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

Najib telah memberikan Ahmad tempoh penangguhan selama setahun selepas pilihan raya kerana beliau mahu pemimpin Terengganu yang mempunyai keperibadian yang bersesuaian untuk bersama dengan rakyat.

Sumber Putrajaya memberitahu The Star bahawa Ahmad menandatangani surat itu kira-kira dua minggu selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu.

Surat itu, yang hanya sepanjang dua perenggan, menyatakan bahawa Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Najib.

Sumber di Terengganu berkata, di kalangan para anggota exco dan pegawai kanan amat merasakan bahawa akan terdapat Menteri Besar baharu tidak lama lagi.

Ia begitu kuat bahawa mereka percaya bahawa Ahmad telah mempengerusikan mesyuarat exco terakhir pada Khamis.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad memberikan jawapan dua perkataan beliau: "Tiada komen."

Bagaimanapun, mereka yang biasa dengan bahasa badan Ahmad berkata, "tiada komen " itu merupakan jawapan sebenarnya yang bermakna beliau tidak menafikan apa-apa.

"Beliau cuba yang terbaik untuk menerima keadaan yang tidak dapat dielakkan. Lagipun, tidak ada MB secara terbuka akan mengesahkan bahawa beliau bakal melepaskan jawatan itu dalam pertengahan penggalnya," kata sumber.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan