Kerajaan Pulau Pinang Tolak Hukum Hudud

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 1:19 PM

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Khamis berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang. Saya menyebut perkara ini bukan sahaja sebagai pemimpin DAP tetapi juga sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan juga pendirian kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek naik taraf Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Datuk Keramat di sini.

Lim berkata, pendirian kerajaan negeri jelas iaitu menolak hukum hudud dan beliau juga meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow menyatakan pendirian parti itu terhadap hukum hudud.

"Kami berharap pengerusi BN negeri boleh menyatakan pendirian mereka di Pulau Pinang. Apa pendirian BN (mengenai hudud) di Pulau Pinang?," katanya.

Pada Rabu, anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah dari DAP Teh Yee Cheu meminta Lim dan Teng menyatakan pendirian berhubung hukum hudud, selain perlu menerangkan kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau menentang undang-undang jenayah Islam itu.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul berhubung perkara itu di Dewan Rakyat Jun ini.

Hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.

Terdahulu, Lim dalam ucapannya berkata projek menaik taraf kompleks makanan itu dijangka siap Mac tahun depan dan sepanjang tempoh itu gerai-gerai sedia ada beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf kompleks makanan itu dijalankan oleh Syarikat Arza Aktif Enterprise dengan kos RM2.6 juta.

Kompleks yang mempunyai 33 unit gerai makanan halal dan 24 unit gerai makanan tidak halal itu bakal dilengkapi tandas awam, bilik khas menyusu, surau dan laluan basikal, katanya.

Tags / Kata Kunci: Kerajaan Pulau Pinang , Lim Guan Eng , DAP , Hudud

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan