PRK Teluk Intan: Hari Mengundi 31 Mei, Penamaan Calon 19 Mei

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 12:22 PM

Abdul Aziz Mohd Yusof

Abdul Aziz Mohd Yusof.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini manakala 19 Mei akan berlangsung hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian awal akan diadakan pada 27 Mei.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat khas PRK Parlimen Teluk Intan di Ibu Pejabat SPR di sini, Khamis.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan ekoran kematian penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP.

Seah, 48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.


Tags / Kata Kunci: Abdul Aziz Mohd Yusof , SPR , PRK Teluk Intan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan