Kerajaan Bincang Isu Kadar Tol Isnin Ini - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Bincang Isu Kadar Tol Isnin Ini

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Kerajaan akan mengadakan perbincangan berhubung maklum balas yang diperolehi daripada syarikat konsesi berhubung penstrukturan semula kadar tol pada Isnin ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

"Pihak kementerian akan membentangkan maklum balas daripada syarikat konsesi berikutan perbincangan kami dengan mereka sebelum ini.

"Kami akan bermesyuarat pada Isnin ini dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Wahid Omar yang bertanggungjawab dalam Unit Perancangan Ekonomi, Ukas (Unit Kerjasama Awam Swasta JPM), Kementerian Kewangan dan kementerian lain yang berkaitan bagi membincangkan dengan maklum balas berkenaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Fadillah berkata demikian bagi mengulas mengenai isu penyusunan semula kadar tol demi meringankan beban orang ramai.

Sebelum ini kerajaan menolak kenaikan kadar tol pada tahun ini untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang tinggi.

Walau bagaimanapun, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi berjumlah RM400 milion.

Kenaikan terakhir kadar tol utama adalah pada 2007.
Tags / Kata Kunci: Konsesi , Kadar Tol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan