Pemilihan PKR: JPP Hanya Bersandiwara

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 12:10 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Cabang Parti Keadilan (PKR) Rembau, Badrul Shahrin Hisham menyifatkan tindakan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) ingin mengadakan pemilihan semula di 17 Cabang parti itu sebagai satu 'sandiwara'.‬

‪Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard mendakwa  perkara  hampir sama dilakukan JPP pada pemilihan 2010.‬

‪"Saya sendiri telah mengemukakan laporan penyelewengan yang berlaku kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan turut berjumpa dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membincangkan hal ini dan kami diberi jaminan tindakan akan diambil tetepi malangnya tiada apa yang dibuat oleh JPP.‬

‪"Sebab itu saya berani kata apa yang diumumkan JPP untuk adakan pemilihan semula  hanyalah satu sandiwara.

"Tindakan hanya dikenakan kepada pengawas yang menjaga pusat mengundi di Cabang tertentu, sedangkan Ahli Jawatankuasa (AJK)  JPP yang menyeleweng untuk memenangkan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali masih menjalankam tugas seperti biasa," katanya ketika menghubungi mStar Online pada Rabu.‬

‪Justeru, beliau menyeru agar pucuk pimpinan parti memecat  AJK JPP sedia ada.

‪Pengerusi  JPP, Datuk Seri Johari Abdul  pada Rabu berkata,  pihaknya memutuskan bahawa 17 cabang  akan mengadakan pemilihan peringkat cabang atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atau kedua-dua pada Sabtu 17 Mei ini.

‪Daripada kesemua 17 cabang yang terlibat, hanya 13 daripadanya akan diadakan pada 17 Mei ini iaitu empat di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah iaitu Tenom serta Keningau.‬

Manakala empat lagi cabang iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Tags / Kata Kunci: Pemilihan PKR , Chegubard , JPP

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan