Kenyataan Hina Peserta Bantah GST Bersifat Peribadi - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 3:00 PM

Khairy Jamaluddin
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno Mohd Radzi Othman yang menyifatkan wanita bertudung dalam perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 1 Mei lalu sebagai pelacur, bersifat peribadi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"(Ini) tidak melambangkan pendirian Umno atau Pemuda Umno," kata Khairy kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini pada Khamis.

Susulan kenyataan yang dibuat Mohd Radzi menerusi laman Facebook pada 2 Mei lalu, beberapa pihak membuat laporan polis terhadapnya.

Mengulas dakwaan pelajar Islam dinasihatkan menjauhi pelajar Kristian semasa Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selasa lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau akan menyiasat perkara itu.

"Kalau matlamat seminar itu adalah untuk memberi nasihat kepada pelajar Muslim supaya jauhkan diri daripada pelajar Kristian saya rasa itu tidak patut," katanya.

Katanya jika benar perkara itu berlaku, tindakan harus diambil terhadap penganjur.

Seminar itu dianjur secara bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Yayasan Warisan Ibnu Aaby, UiTM dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Tags / Kata Kunci: Umno , GST

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan