Upko Kaitkan Penculikan Dengan Kebanjiran Pendatang Di Sabah

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 12:26 PM

Madius Tangau.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko)  mendakwa kebanjiran pendatang asing yang membina penempatan di Sabah menyebabkan peningkatan kes penculikan di negeri itu.

Pemangku Presiden Datuk Madius Tangau berkata, parti itu percaya kumpulan yang terlibat dalam penculikan mempunyai MyKad, yang membolehkan mereka bergerak bebas di Sabah.

"Jika tidak mengapa pihak berkuasa Imigresen terus membenarkan mereka tinggal di penempatan tersebut," katanya.

Beliau berkata, ancaman yang ditimbulkan oleh pendatang yang memperoleh MyKad bukan saja memberi kesan kepada penduduk tempatan tetapi juga ekonomi di negeri tersebut.

"Kami menggesa pihak berkuasa untuk menangani insiden penculikan dengan serius.

"Kami juga meminta kerajaan untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) secepat mungkin," kata Tangau.

Mengulas mengenai penculikan warga China, Yang Zailin, Tangau mendakwa satu cara penculik melarikan mangsa adalah jika mereka pernah tinggal di Sabah selama ini.

"Paling penting adalah lokasi penculikan amat terpencil. Bagaimana mereka boleh mencari kawasan itu?

"Adakah mungkin terdapat usaha melakukan kegiatan penculikan melibatkan warga China dengan objektif untuk mengeruhkan lagi hubungan antara Malaysia dan China?," katanya.

Tangau berkata, kerajaan patut meneliti isu ini dan mempertimbangkan cadangan Upko supaya membatalkan semua MyKad yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula kepada mereka yang boleh membuktikan mereka benar-benar rakyat Sabah.

Tags / Kata Kunci: Upko , culik , Sabah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan