Pulau Nangka, Pulau Besar, Bukit St Paul Dipercayai Tempat Simpanan Harta - Institut Kajian

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 2:39 PM

Pulau Nangka dipercayai tempat simpanan harta harta zaman Kesultanan Melayu Melaka.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pulau Nangka, Pulau Besar dan Bukit St Paul di Bandar Hilir dipercayai dijadikan tempat menyimpan harta zaman Kesultanan Melayu Melaka yang berkembang maju.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata kesultanan itu dipercayai banyak menyimpan harta bagi mengelak daripada dirampas sekiranya Melaka jatuh ke tangan musuh.

Beliau yang juga bekas Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka berkata harta yang disimpan itu dipercayai emas berbentuk syiling, barang perhiasan seperti dulang serta patung yang dihadiahkan negara asing.

"Sama seperti sekarang, adalah penting bagi sesebuah kerajaan menyimpan emas sebagai rizab atas faktor ekonomi. Emas juga disimpan bagi tujuan membina semula kerajaan sekiranya ia jatuh diserang musuh seperti yang berlaku pada zaman Sultan Mahmud Shah.

"Ketika baginda berundur selepas diserang Portugis, baginda membawa bersama khazanah seperti emas bagi tujuan mendirikan semula kerajaan baginda di tempat lain," katanya dalam sidang akhbar di sini, Rabu.

Namun Mohd Jamil berkata pada masa kini tiada bukti jelas menunjukkan terdapat harta di Pulau Besar dan Bukit St Paul kecuali penemuan artifak porselin di Bandar Hilir berdekatan Bukit St Paul.

Mengenai laporan penemuan harta di Pulau Nangka, beliau berkata ia kemungkinan ada berdasarkan faktor sejarah perdagangan, tetapi usaha mencarinya sukar kerana banyak faktor antaranya disebabkan geografi pulau itu.

"Saya cadangkan lebih ramai pakar dibawa masuk dalam usaha tersebut," katanya.

Beliau berkata tidak mustahil dua keping artifak berbentuk syiling yang ditemui di pulau itu berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Ada yang kata syiling itu bukan syiling daripada kerajaan Melaka, ia daripada kerajaan Majapahit atau Siam. Tetapi tidak mustahil syiling daripada kerajaan lain jadi simpanan kerajaan Melaka kerana perdagangan kerajaan Melaka ketika itu amat luas hingga ke China dan Eropah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan