Muhyiddin Arah Tangani Segera Insiden Penculikan

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 6:25 PM

Muhyiddin Yassin
(Ubah saiz teks)

TASHKENT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tindakan segera perlu diambil untuk menangani insiden penculikan di pantai timur Sabah, sekali gus mengelak pihak keselamatan daripada menjadi bahan tempelak masyarakat.

"Memang saya rasa agak kecewa (kerana) selepas beberapa isu sebelum ini maka tertubuhlah Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dan Esszone (Zon Selamat Timur Sabah) bagi lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan-kawasan keselamatan.

"Tetapi nampak (langkah itu) masih lagi belum berupaya mengekang peristiwa seperti itu berulang," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi empat hari beliau ke Uzbekistan di sini pada Rabu.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa susulan insiden pencerobohan perairan dan penculikan sebelum ini, arahan dikeluarkan berhubung keperluan meningkatkan aset dan menggunakan beberapa sistem pemantauan radar untuk memantau pergerakan.

"Ini bidang keselamatan yang diurus di bawah Esscom. Sebab itu bagi saya, lebih segera tindakan diambil untuk menangani perkara itu (isu keselamatan) lebih baik. Kalau tidak nanti akan banyak pihak yang menempelak," katanya.

Dalam insiden terbaharu awal pagi semalam, sekumpulan lelaki bersenjata menculik warga China, Yang Zai Lin, 34, pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar di Pulau Baik yang terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata susulan kes seumpama itu dan perbincangan Majlis Keselamatan Negara, arahan telah dikeluarkan supaya memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan perairan berkenaan, yang panjangnya lebih 1,400 km.

"Ia antara yang terpanjang, lautanpun terbuka dengan kawasan Filipina dan pulau-pulau tidak jauh daripada sempadan kita.

"Tapi kita tak boleh jadikannya sebagai satu helah (untuk memandang mudah isu keselamatan)," kata Muhyiddin.

Beliau percaya kerajaan negeri Sabah mahu langkah-langkah lebih tegas diambil lebih awal daripada yang dijangka, sambil menegaskan perkara itu patut disegerakan.

Insiden penculikan semalam merupakan yang ketiga dalam tempoh tujuh bulan.

Pada 2 April lepas seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja wanita diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata di resort Singamata, Semporna.

Wanita China yang juga seorang pelajar itu dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai manakala pekerja wanita warga Filipina berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Marcy Dayawan atau Mimi.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya pula diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna.
Tags / Kata Kunci: Esscom , Esszone , Pantai Sabah , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan