MCA Terima Konsep Perkongsian Kuasa - Tun M

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik pendirian MCA untuk kembali menyertai Kabinet selaras dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, tidak ada satu kaum boleh menguasai ekonomi dan politik sepenuhnya demi menjaga keharmonian rakyat.

Berdasarkan jumlah keahlian yang kecil, Mahathir berkata MCA tidak mampu untuk menangkis politik perkauman DAP, sambil menambah bahawa parti itu amat menyedari bahawa komitmennya untuk berkongsi kekayaan dan kuasa politik dengan Umno boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan di kalangan masyarakat Cina.

"Tetapi mereka masih percaya dengan konsep perkongsian dalam BN. Sama ada DAP mempunyai sokongan yang lebih daripada orang Cina berbanding MCA adalah tidak relevan.

"Apa yang relevan adalah kita menolak dominasi oleh mana-mana kaum dan bersedia untuk berkongsi kekayaan dan kuasa politik antara satu sama lain," katanya menerusi posting terkini laman blog chedet.cc.

Mahathir berkata demikian bagi menjawab surat terbuka daripada seorang penulis blog yang mengkritiknya kerana menyokong pendirian MCA untuk kembali menyertai Kabinet kerana parti itu hanya mempunyai tujuh kerusi Parlimen berbanding DAP iaitu 39 kerusi.

Menurut penulis berkenaan, jumlah kerusi MCA itu menunjukkan parti berkenaan tidak mewakili suara kaum Cina.

Mengulas lanjut Mahathir berkata komponen BN mengangkat semangat perkongsian kuasa antara rakyat berbilang kaum di negara ini sementara DAP menolak konsep berkenaan kerana percaya dengan sistem meritokrasi iaitu 'yang terbaik dapat semuanya dan yang tidak hilang segalanya'.

Tambah beliau walaupun Umno dan orang Melayu dilihat mendominasi kuasa politik di negara ini, namun menurutnya mereka bersedia berkongsi kuasa dengan orang Cina dan India.
Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir , MCA , DAP , Barisan Nasional

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan