Enam Negeri Alami Gangguan Elektrik

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di enam negeri di Semenanjung Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik selama tiga jam dari pukul 2 petang hingga 5 petang Rabu.

Kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam laman sosial Facebook menyebut gangguan itu membabitkan kawasan Bandar Baru Nilai dan Rantau di Negeri Sembilan; Segamat dan Bakri, Pagoh (Johor); Merlimau, Masjid Tanah dan Jasin (Melaka); Manjung (Perak); Sungai Petani dan Kulim (Kedah) serta Prai (Pulau Pinang).

TNB sedang menyiasat punca kejadian dan pengguna dinasihat menghubungi talian 15454 untuk sebarang pertanyaan.

Sementara itu, jurucakap TNB Careline, yang dihubungi berkata pihaknya tidak menolak kebarangkalian gangguan bekalan elektrik berlaku ekoran hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

Tags / Kata Kunci: TNB , Elektrik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan