Ustaz, Ustazah Umpan Jerat Mangsa Tipu Umrah Dan Haji

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 11:06 AM

Gambar hiasan -

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ustaz dan ustazah yang dilantik sebagai ejen atau orang tengah syarikat umrah dan haji antara yang diheret  bertanggungjawab apabila jemaah mendakwa ditipu syarikat terbabit.

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, nilai kerugian yang ditanggung ribuan jemaah umrah dan haji mencecah hampir RM3 juta sejak 2012.

Kebiasaannya syarikat terbabit akan melantik ustaz dan ustazah yang terdiri daripada tenaga pengajar agama, ahli jawatankuasa masjid dan surau sebagai ejen tidak rasmi sesebuah syarikat kerana mereka diyakini, disegani serta mudah memikat orang ramai untuk memilih pakej yang ditawarkan.

Disebalik pelantikan itu, ustaz dan ustazah ini akan mendapat pulangan apabila ditawarkan mengikuti pakej umrah dan haji secara percuma jika berjaya mendapat kuota pelanggan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, faktor syarikat tidak kukuh dan beroperasi mengikut pusingan modal yang diperoleh dari semasa ke semasa menyebabkan ustaz dan ustazah ini menjadi mangsa keadaan apabila terjebak dalam penipuan pakej umrah dan haji.

Hasil siasatan mendapati, isu penipuan ini timbul apabila syarikat kecil gagal menguruskan penerbangan serta visa dengan sistematik sehingga menjejaskan persediaan jemaah apabila tiba waktu bertolak ke tanah suci.

Faktor di atas juga menyumbang kepada statistik JSJK apabila rekod jabatan itu mencatatkan kerugian berjumlah RM986.938 sejak Januari hingga April bagi 23 kes penipuan pakej umrah dan haji.

Ketua Penolong Pengarah Risikan JSJK, Asisten Komisioner Najmi Mustaffa memberitahu mStar Online, daripada jumlah tersebut, Selangor merupakan negeri tertinggi yang mencatatkan kerugian iaitu sebanyak RM428,789 daripada lapan kes yang dilaporkan.

"Ia disusuli dengan Negeri Sembilan iaitu RM263,000 untuk satu kes; Johor (RM156,897/dua kes); Pulau Pinang (RM34,300/satu kes); Kuala Lumpur (RM33,468/empat kes); Melaka (RM24,950/tiga kes); Perak (RM22,504/dua kes), manakala Kedah dan Pahang masing-masing satu kes membabitkan RM20,250 dan RM2,780.

"Bagi negeri yang tidak disenaraikan pula, ia tidak bererti tiada kes penipuan pakej haji dan umrah yang berlaku kerana terdapat mangsa malu untuk membuat laporan polis," katanya.

Najmi menambah, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima sebanyak 55 kes penipuan pakej haji dan umrah dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM1.693 juta.

Jelasnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan hampir 500 peratus jika dibandingkan dengan kerugian pada tahun 2012 iaitu RM281,699 daripada 17 kes yang dilaporkan.

"Sehubungan itu, JSJK meminta orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah supaya menyelidik latar belakang syarikat tersebut terdahulu.

Tags / Kata Kunci: JSJK , Umrah , Haji

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan