MEF Cadang Majikan-Pekerja Tonton Siaran Tertunda Perlawanan Piala Dunia Selepas Kerja

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 8:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majikan dan pekerja perlu menonton siaran tertunda perlawanan Piala Dunia bersama-sama di pejabat selepas waktu kerja, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Ini adalah lebih baik berbanding kakitangan akan memberitahu bahawa mereka 'sakit' pada musim demam bola sepak akan datang seperti yang berlaku pada masa lalu apabila perlawanan Piala Dunia berlaku pada waktu awal pagi, kata kumpulan itu.

Mencadangkan ini sebagai alternatif untuk mengelakkan penurunan produktiviti, Pengarah Eksekutif MEF , Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan pastinya akan bersedia berhadapan dengan situasi peningkatan sijil perubatan (MC), penggunaan cuti tahunan dan ketidakhadiran semasa temasya sukan itu berlangsung.

"Majikan sudah biasa dengan keadaan itu setiap empat tahun sekali tetapi ini tidak memberi prospek yang baik bagi operasi syarikat serta produktiviti negara," katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin.

Shamsuddin juga menyatakan bahawa menganjurkan siaran perlawanan selepas waktu kerja boleh meningkatkan hubungan antara majikan dan pekerja.

"Bukan sahaja pekerja yang suka menonton bola sepak tetapi juga majikan. Tetapi ada kerja yang perlu dilakukan dan seseorang perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau menasihatkan pekerja untuk memilih masa yang lebih mudah serta akses alternatif lain untuk mengikuti kesemua 64 perlawanan bagi temasya bola sepak yang berlangsung selama sebulan itu.

"Oleh kerana kebanyakan perlawanan kali ini akan disiarkan secara langsung pada awal pagi, adalah lebih baik sekiranya mereka memilih untuk menonton perlawanan itu selepas waktu kerja mereka," katanya, mengingatkan kakitangan yang berjaga sehingga awal pagi dan kemudiannya pergi bekerja pada waktu pagi hanya akan menjejaskan kesihatan dan kerja mereka.

Piala Dunia FIFA 2014 akan diadakan di Brazil, bermula pada 12 Jun dengan negara tuan rumah bermain bersama Croatia pada pukul 4 pagi waktu Malaysia (13 Jun).

Perlawanan akhir pada Ahad, 13 Julai (pukul 3 pagi, 14 Julai, waktu Malaysia).

Dalam Piala Dunia lalu di Afrika Selatan, hasil kajian dalam talian The Star-Adidas menunjukkan bahawa 61% daripada responden di Malaysia, berkata mereka berjaga sehingga awal pagi untuk menonton perlawanan pada pukul 2.30 pagi, 32% hanya menonton perlawanan 7.30 malam dan 10 malam manakala 7% tidak menonton mana-mana perlawanan. Daripada mereka yang menonton perlawanan itu, 17% menonton semua perlawanan dan 37% hanya memilih perlawanan yang menarik.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan