SKMM Perjelas Isu Kelajuan Jalur Lebar Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 11:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyuarakan keraguan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung data online yang dikeluarkan Ookla mengenai kelajuan jalur lebar Malaysia.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam kenyataan pada Selasa berkata keraguan Ahmad Shabery bukannya tidak berasas.

"Sejak kebelakangan ini, beberapa ujian kelajuan jalur lebar telah dijalankan dan diterbitkan pelbagai pihak yang menggambarkan keputusan berbeza-beza," katanya.

Mohamed Sharil berkata setiap ujian kelajuan jalur lebar diukur menggunakan kaedah yang berbeza yang menyebabkan hasilnya berbeza-beza.

Dilaporkan bahawa Ookla dalam kajiannya baru-baru ini memberikan purata penarafan kelajuan jalur lebar Malaysia pada 5.48 Megabit sesaat (Mbps), lebih perlahan daripada Vietnam dan Kemboja.

Semasa Ahmad Shabery diminta mengulas kajian itu beliau dilaporkan sebagai berkata agak ragu-ragu dengan kajian global Ookla.

Ookla merupakan peneraju global dalam ujian jalur lebar dan aplikasi diagnostik rangkaian berasaskan web. Perisian dan perkaedahan syarikat itu menetapkan standard industri jalur lebar untuk ketepatan, populariti, mudah digunakan dan seterusnya pembentukan data statistik.

Mohamed Sharil berkata keputusan berbeza-beza boleh didapati dalam ujian kelajuan jalur lebar memandangkan terdapat pelbagai laporan selain Ookla seperti Akamai dan International Telecommunication Union (ITU).

"Sebenarnya, jika anda lihat keputusan ujian Ookla sendiri, purata kelajuan jalur lebar di Kuala Lumpur adalah 6.29 Mbps dan malah Pantai (satu lokasi di Kuala Lumpur) menunjukkan kelajuan purata setinggi 21.84 Mbps.

"Semuanya bergantung kepada dari mana ujian itu diadakan dan berapa banyak bandar raya dikira," katanya.

Mohamed Sharil berkata, Malaysia mempunyai pasaran penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) yang mantap dan bertenaga, dan sesetengahnya menawarkan kelajuan yang lebih tinggi daripada yang lain.

Oleh itu, apabila ujian kelajuan dijalankan, keputusannya adalah purata," katanya.
Tags / Kata Kunci: Jalur Lebar , Ookla , SKMM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan