Pulau Nangka: Kami Tidak Tanam Duit Syiling - Mohammad Foad

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 12:06 AM

Seorang kakitangan syarikat tersebut menunjukkan kepingan duit syiling yang didakwa ditemui di Pulau Nangka.

(Ubah saiz teks)

JASIN: Sebuah syarikat yang bertanggungjawab mencari artifak lama di kawasan tempat tersimpannya khazanah Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka menafikan dakwaan bahawa pekerja syarikat tersebut menanam dua keping duit syiling lama yang ditemui di sini minggu lalu.

Smart Partnership International (M) Sdn Bhd berkata pada Isnin bahawa kepingan duit syiling itu ditemui oleh pekerjanya ketika menggerudi tembok dinding batu di pulau tersebut.

Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said memberitahu pemberita bahawa syarikat tersebut telah menyerahkan duit syling itu kepada Perbadanan Muzium Melaka untuk mengesahkan ketulenannya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak begitu yakin duit syiling yang ditemui itu datangnya dari kawasan tersebut (Pulau Nangka).

Mohammad Foad berkata, pintu masuk ke gua yang mengandungi harta karun terletak dibawah beberapa batu besar yang cuba dialihkan syarikat tersebut.

Sementara itu, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, polis sedang memantau kepulauan itu untuk memastikan keselamatan dan kerja mengesan harta karun itu diteruskan tanpa sebarang masalah.

"Anggota polis marin akan berhubung dengan syarikat itu untuk terus dimaklumkan mengenai setiap perkembangan mengenai misi pencarian itu," katanya.




iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan