Lokasi Sebenar Insiden Rompakan Masih Disiasat

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 12:11 AM

Mohammad Mentek.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Lokasi sebenar kejadian insiden rompakan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang didakwa berlaku di perairan Tanjung Labian, dekat sini masih dalam siasatan, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Mohammad Mentek.

"Kita perlu menyiasat sama ada kejadian itu benar-benar berlaku di perairan negara kita atau di perairan negara jiran," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan lewat malam Isnin.

Beliau yang mengesahkan kejadian rompakan yang berlaku malam semalam itu berkata pihak keselamatan negara masih menyiasat jenis senjata yang digunakan dan siapa yang bertanggungjawab melakukan rompakan itu.

Difahamkan dalam kejadian itu sekumpulan nelayan mendakwa sekumpulan lelaki telah merompak dan melarikan enjin bot sangkut mereka.
Tags / Kata Kunci: Esscom , Mohammad Mentek , Tanjung Labian , rompakan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan