19 Individu Ditahan Kes Pengurus Warga China Diculik

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 1:20 PM

Hamza menunjukkan gambar warga China yang menjadi mangsa culik, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, Lahad Datu pada kira-kira pukul 2.45 pagi, Selasa.

Susulan itu, polis menahan 19 individu di kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna pada 2 April lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja selama tiga tahun di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd, milik warga China dari Hongkong yang beroperasi sejak 2006.

Beliau berkata, daripada 19 individu terbabit, 11 daripada etnik berketurunan Suluk dan selebihnya warganegara Indonesia.

Katanya, cuma sembilan daripada tahanan berkenaan mempunyai dokumen dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan.

"Dalam kejadian awal pagi itu, sebuah bot berkuasa kuda 200 dinaiki lima lelaki, dua daripadanya berpakaian celoreng dan bertopeng. Mereka menggunakan senjata yang kita percaya M16. Tiga lagi berseluar pendek dengan pakaian preman.

"Bot ini menghampiri kawasan ternakan ikan seterusnya menaiki rumah kediaman pekerja ternakan ikan tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya, kumpulan lelaki berkenaan kemudian memasuki sebuah bilik seorang pekerja wanita selepas menendang pintu dan bertanya di mana pengurus syarikat itu berada dengan menggunakan dialek bajau.

Bagaimanapun, katanya, pengurus yang tinggal di bilik bersebelahan bilik wanita itu yang keluar selepas terdengar bunyi bising, telah ditangkap kumpulan lelaki berkenaan dan membawanya menaiki bot.

Hamza berkata, selepas dimaklumkan kejadian di pusat ternakan ikan yang jaraknya 1.4 kilometer dari Silam pada pukul 2.53 pagi, polis terus menggerakkan tiga bot dan bot Pasukan Polis Marin terserempak dengan bot penjenayah di kawasan perairan Pulau Mataking pada kira-kira 6.20 pagi.

"Penculik telah melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan dan anggota keselamatan membalas tembakan itu namun tidak mengenai sasaran. Anggota keselamatan terus mengejar bot tersebut yang menghala ke negara Filipina melalui kawasan Alice Reef," katanya.

Katanya, anggota keselamatan Malaysia terus mengejar bot penjenayah berkenaan sehingga memasuki kawasan perairan Filipina atas kebenaran pihak berkuasa negara jiran itu namun berhenti mengejar apabila bot itu memasuki perkampungan Saluag di selatan Pulau Sibutu atas faktor keselamatan.

Hamza berkata, polis telah menahan 19 individu, 11 daripadanya etnik berketurunan Suluk dan selebihnya warganegara Indonesia di kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, cuma sembilan daripada tahanan berkenaan mempunyai dokumen dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Polis percaya kumpulan berkenaan merupakan satu daripada kumpulan yang menculik untuk tebusan namun belum dipastikan sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Semporna.






Tags / Kata Kunci: culik , lelaki bersenjata , lahad datu

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan