Warga China Dipercayai Diculik Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 10:43 AM

Seorang warga China dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata, lebih kurang 24 jam selepas Empat sekumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian ala tentera terlibat dalam kejadian rompakan di perairan Tanjung Labian.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang warga China dipercayai diculik dari sebuah ladang ternakan ikan di Silam, Lahad Datu, lebih kurang 24 jam selepas sekumpulan lanun merompak nelayan di perairan Tanjung Labian.

Laporan tidak rasmi itu mendakwa bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik warga China yang dikenal pasti sebagai Yang Zailin, yang merupakan seorang pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan di kawasan itu pada kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa.

Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah melarikan diri ke arah selatan Filipina.

Pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki yang berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.

Tidak ada yang tercedera dalam kejadian itu dan keempat-empat mereka diselamatkan oleh sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan berhampiran kawasan pantai pada kira-kira pukul 2 pagi Isnin.

Ia merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan.

Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna.

Kedua-duanya diculik oeh sekumpulan lelaki bersenjata yang menuntut tebusan di selatan Filipina.

Tags / Kata Kunci: culik , lelaki bersenjata , lahad datu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan