Gempa Bumi Kuat Landa Jepun, Tiada Ancaman Tsunami

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 8:59 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud melanda Tokyo, awal pagi Isnin, menurut Jabatan Meteorologi Jepun. 

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan dilaporkan. 

Kejadian pusat gempa itu berlaku kira-kira 160 kilometer daripada aras laut selatan bandar Tokyo. 

Hanya satu keretapi tempatan dihentikan sementara namun siaran televisyen memaparkan pegerakan trafik menuju ke bandar dalam keadaan lancar. 


Tiada laporan berlaku kerosakan di kawasan sekitar loji nuklear, lapor media tempatan,  NHK. 

Tags / Kata Kunci: gempa bumi , ancaman tsunami

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan