PRK Bukit Gelugor: Mohd Yacoob Sedia Jadi Calon

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 7:31 PM

Mohd Yacoob

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mohd Yacoob Mohd Noor menyatakan kesediaan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei ini.

Mohd Yaacob, 25, yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang berkata, beliau memutuskan untuk bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya.

"Walaupun kalah pada pilihan raya umum lalu tetapi semangat memang berkobar-kobar. Saya juga sudah beberapa kali buat program 'himpunan rakyat' sendiri dan berdasarkan pemerhatian, ramai orang mulai menyokong saya dan kami juga telah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi tujuan berkempen," katanya di sini, Isnin.

Mengakui tidak mempunyai dana yang cukup untuk menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Mohd Yacoob mendakwa beberapa syarikat sudi menaja bahan kempennya dan mendapatkan dana daripada hasil jualan cenderahati yang dilakukan kelab penyokongnya.

"Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada penduduk di kawasan Bukit Gelugor, mereka memberi sokongan kepada saya. Saya menggunakan slogan 'Yaacob Bebas Demi Rakyat'," katanya sambil menegaskan beliau tidak ditaja mana-mana pihak atau parti politik untuk bertanding pada PRK itu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di DUN Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon B NTeh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. 


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan