Tindakan Tidak Populis Tetapi Untuk Kebaikan Jangka Panjang - PM

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa langkah dan tindakan yang diambil kerajaan dalam jangka pendek mungkin sedikit sukar dan tidak populis, tetapi ia bertujuan membawa kebaikan jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Sebagai contoh, katanya, keengganan kerajaan negeri Selangor bersetuju dengan cadangan kerajaan pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 pada 2009 menyebabkan krisis di Lembah Klang pada masa ini.

"Inilah hakikatnya yang ramai tidak faham dan kerajaan pusat pula dipersalahkan. Walhal kita boleh buktikan kalau pada 2009 cadangan kerajaan pusat diterima, kita tidak akan menghadapi masalah air di Lembah Klang.

"Jangan melihat soal jangka pendek semata-mata. Jangan lihat soal populis kerana ada kalanya pertimbangan kita mesti berdasarkan apakah kebaikan kepada rakyat dan negara.

"Walaupun jangka pendek, kita mungkin menghadapi sedikit kesukaran tetapi kesukaran ini adalah untuk kebaikan kita," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, Isnin.

Turut hadir Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sentiasa membuat pertimbangan dasar bagi jangka pendek dan panjang untuk kepentingan negara.

"Namun, ada kalanya kita perlu membuat sesuatu yang kita tahu kesusahannya untuk kebaikan kita tetapi dalam jangka pendek, kita mungkin menghadapi kesukaran dan ada pihak cuba memutar belit atau menanam kebencian terhadap kerajaan," katanya.

Dengan menggunakan analogi preskripsi ubat antibiotik, Najib berkata 'kita perlu habiskan kesemua ubat itu dan kesihatan kita akan pulih'.

"Ini seperti dalam perjalanan mentransformasikan negara kita. Kita mesti telan ubat yang perlu sambil yakin dan percaya pada kesudahannya. Insya-Allah, kita semua dapat kebaikan dan kita akan memiliki sebuah negara lebih berjaya," katanya.

Mengenai Laporan Audit Negara, Najib menyaran penjawat awam memberi perhatian serius terhadap semua teguran yang dibuat dalam laporan itu.

"Kita mesti memberi perhatian lebih serius. Tahun demi tahun, teguran dalam audit dapat dikurangkan sehingga ketiadaan teguran dan kritik terhadap salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran kita.

"Ini perlu kita lakukan," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan