Pemilihan PKR Kecoh

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 9:29 AM

Pemilihan PKR Cabang Tenom kecoh dengan insiden kekurangan kertas undi (gambar hiasan).

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU:  Kekurangan kertas undi menyebabkan mesyuarat peringkat cabang Tenom, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertukar kecoh, dan pemilihan bahagian tersebut terpaksa ditangguhkan. 

Ratusan pemilihan yang berang mengerumuni urusetia bagi mendapatkan kertas undi dan mula merempuh masuk apabila hanya 300 kertas undi dikeluarkan kepada perwakilan yang hadir. 

Kekecohan bermula, di Hotel Perkasa pada petang Sabtu, apabila pengarah pemilihan bahagian PKR Tenom, Nazri Udoi menangguhkan mesyuarat dan menuduh pengarah pilihan raya negeri tersilap mengira jumlah perwakilan. 

"Kami menerima 300 kertas undi, namun kira-kira 2,000 perwakilan hadir," kata Nazri, sambil menambah 300 kertas undi yang telah dibuang dimusnahkan dihadapan calon yang bertanding di pelbagai peringkat dalam Cabang Tenom. 

Penyandang jawatan Ketua Cabang Tenom, Masdin Tumas dicabar oleh Adris Taripin dan Daniel Riay. 

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin berkata hanya mesyuarat Cabang Tenom ditangguhkan dan mereka dijangka akan mengadakan semula mesyuarat pada 10 Mei depan, selepas mendapat lampu hijau daripada ibu pejabat PKR. 

Selain daripada Tenom, mesyuarat peringkat Cabang beberapa daerah lain di Sabah berjalan lancar, kata Lajim, yang mengekalkan jawatan ketua Cabang Beaufort pada pemilihan kali ini. 

Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias dan Ketua Pembangkang berkata beberapa aduan yang diterima menunjukkan proses pemilihan yang agak lambat dan namun secara keseluruhan ia berlajan lancar. 

Daripada 26 Cabang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, 21 bahagian menyaksikan persaingan sengit bagi merebut jawatan ketua cabang. 

Antara mereka yang dicabar ialah bekas Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Sandakan berbanding dua pencabarnya. 

Tags / Kata Kunci: pemilihan PKR , Tenom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan