Empat Lelaki Bersenjata Larikan Enjin Nelayan Dekat Lahad Datu

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 6:30 PM

Hamza Taib

Hamza Taib.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Empat lelaki bersenjata yang berpakaian ala tentera terlibat dalam kejadian rompakan di perairan Tanjung Labian, kira-kira 135 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Difahamkan kumpulan tersebut yang disyaki sebagai lanun dipercayai memiliki sekurang-kurangnya tiga pucuk rifel M-16, merompak empat nelayan dengan melarikan tiga enjin bot sangkut, dua enjin 15 kuasa kuda dan satu enjin bot pam dekat Sungai Bilis kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Seorang pegawai polis dari unit peronda pesisir pantai terserempak dengan sekumpulan nelayan yang mendayung kembali ke pantai kira-kira pukul 1 pagi Isnin.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu. Ia merupakan kes rompakan ketiga secara berasingan di laut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan insiden itu tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenainya.

Difahamkan pegawai kanan Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan polis sedang menyiasat sekiranya sekumpulan lanun itu adalah penduduk tempatan atau warga asing.

Agensi keselamatan telah mempertingkatkan kawalan di kawasan terbabit dalam usaha menjejaki lanun-lanun tersebut yang mungkin berada di sempadan perairan negara.

Tanjung Labian termasuk Sungai Bilis merupakan pusat operasi pasukan keselamatan Malaysia untuk mengusir lelaki bersenjata Sulu yang cuba memasuki kawasan tersebut berikutan insiden pencerobohan di Kampung Tanduo pada 1 Mac tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Lahad Datu , nelayan , rompak , lanun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan