Malaysia Berazam Teruskan Pencarian MH370 - Najib

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 10:12 AM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia berazam untuk meneruskan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan kerjasama negara-negara rakan walaupun sehingga kini masih belum berhasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata misteri kehilangan MH370 tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia apabila sistem telekomunikasi pesawat dipadamkan dan kaedah pencarian untuk mengesan pesawat belum diguna pakai.

"Meskipun kita belum berhasil sehingga hari ini tetapi kerajaan berazam untuk meneruskan usaha pencarian dengan kerjasama rakan-rakan dari negara-negara lain terutamanya Australia yang menunjukkan komitmen luar biasa membantu Malaysia mencari pesawat yang dimiliki oleh kita," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, Isnin.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari yang melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu dengan pada mulanya dilakukan di Laut China Selatan sebelum di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.

Beliau berkata ketika lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, Malaysia hanya mampu membawa pemimpin Amerika Syarikat itu melawat sebuah ladang getah di sebuah rancangan Felda yang kemudiannya dinamakan Rancangan Felda Lyndon.

Namun, katanya setelah 48 tahun, Obama pula melihat pertumbuhan pesat Malaysia yang kini menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya.
 
"Ini sesuatu yang kita boleh banggakan. Ini berlaku antara faktornya kerana kita bukan sahaja memberi pertimbangan atas keperluan semasa ataupun jangka pendek tetapi kita mempunyai kerajaan dan pentadbiran yang selama ini mampu membuat perancangan jangka panjang untuk negara kita," katanya.

Sempena lawatan bersejarah Obama selama tiga hari ke Malaysia pada 26 hingga 28 April lepas, pemimpin kedua-dua negara beriltizam meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian komprehensif dengan objektif memperkukuh kepentingan bersama dan nilai bersama rakyat.

Bagi menandakan fasa baharu perkongsian komprehensif itu, kedua-dua negara komited untuk memperkukuh mekanisme dialog dalam bidang utama termasuk kerjasama politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan hubungan rakyat dengan rakyat, keselamatan dan pertahanan serta alam sekitar, sains, teknologi dan tenaga.

Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Najib mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'. 

Pada perhimpunan bulanan itu, Najib turut menyatakan bahawa Malaysia telah menunjukkan kisah kejayaan proses transformasi yang begitu besar dalam segenap lapisan kehidupan rakyat negara ini kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, yang melawat negara ini bulan lepas.

Beliau berkata ketika lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, Malaysia hanya mampu membawa pemimpin Amerika Syarikat itu melawat sebuah ladang getah di sebuah rancangan Felda yang kemudiannya dinamakan Rancangan Felda Lyndon.

Namun, katanya setelah 48 tahun, Obama pula melihat pertumbuhan pesat Malaysia yang kini menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya.
 
"Ini sesuatu yang kita boleh banggakan. Ini berlaku antara faktornya kerana kita bukan sahaja memberi pertimbangan atas keperluan semasa ataupun jangka pendek tetapi kita mempunyai kerajaan dan pentadbiran yang selama ini mampu membuat perancangan jangka panjang untuk negara kita," katanya.

Sempena lawatan bersejarah Obama selama tiga hari ke Malaysia pada 26 hingga 28 April lepas, pemimpin kedua-dua negara beriltizam meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian komprehensif dengan objektif memperkukuh kepentingan bersama dan nilai bersama rakyat.

Bagi menandakan fasa baharu perkongsian komprehensif itu, kedua-dua negara komited untuk memperkukuh mekanisme dialog dalam bidang utama termasuk kerjasama politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan hubungan rakyat dengan rakyat, keselamatan dan pertahanan serta alam sekitar, sains, teknologi dan tenaga.

Ketika berada di Malaysia, Obama diberikan sambutan rasmi permaidani merah di Bangunan Parlimen, diraikan pada jamuan negara dan mengadakan pertemuan dengan Najib serta menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin muda Asia Tenggara.

Presiden AS itu juga melawat Masjid Negara di Kuala Lumpur selain bersama-sama Najib melancarkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.

Malaysia merupakan hentian ketiga dalam siri lawatan Obama ke empat negara Asia, bermula Jepun dan diikuti Korea Selatan. Hentian terakhirnya ialah Filipina.



Tags / Kata Kunci: MH370 , Najib Razak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan