Azmin Terus Dahului Pemilihan PKR

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 8:45 PM

Azmin Ali

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali terus mendahului pencabarnya dengan meraih 50% undi popular pada minggu kedua proses pemilihan parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, sehingga pukul 2 petang Isnin, kedudukan Azmin terus kukuh apabila beliau mendapat 12,849 undi, meninggalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memperoleh 7,171 undi.

Seorang lagi calon jawatan No.2 itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berada di tempat kedua pada minggu pertama pengundian, jatuh ke tempat ketiga dengan mendapat 6,161 undi.

Pengundian pada minggu kedua menyaksikan persaingan sengit di antara Azmin dan lawannya, Abdul Khalid yang mana kedua-duanya dianggap popular di Sabah.

Sabah adalah antara satu daripada lima negeri yang mengambil bahagian dalam pemilihan pada minggu kedua.

Malah, Sabah juga merupakan negeri kedua yang memiliki jumlah keahlian PKR tertinggi selepas Selangor dengan 86,955 ahli.

Selain Sabah, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis turut melakukan pemilihan pada hujung minggu lalu.

Sumber dari kem Azmin berkata, jumlah undi yang diperoleh Ahli Parlimen Gombak itu membuktikan beliau mendapat sokongan di peringkat akar umbi.

"Perlu diberi perhatian bahawa Azmin menang di kawasan pengundi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan agenda pelbagai bangsanya diterima ahli parti," kata sumber.

Sementara itu, kegagalan Abdul Khalid untuk memenangi lebih ramai undi disebabkan oleh 'kelemahan' ahli di dalam pasukannya.

"Mereka tidak bersedia sepenuhnya, tidak seperti kem Azmin yang lebih teratur apabila berkempen," menurut sumber.

Saifuddin tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau.

Pemilihan PKR bermula pada 26 April lalu dan tamat pada 11 Mei ini.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan pada 13 Mei ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan