Amaran Bakal Berlaku Kesesakan Di LCCT Sudah Dikeluarkan - Aloyah

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 11:45 PM

Ramai penumpang terkandas di pintu Imigresen LCCT pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung insiden berlaku pada Ahad yang menyaksikan ramai penumpang terkandas di pintu Imigresen Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada Ahad disebabkan kekurangan kaunter yang beroperasi.

Malah, perkara tersebut telahpun dimaklumkan kepada semua syarikat penerbangan.

"Kerajaan telah mengarahkan operasi di klia2 bermula pada 2 Mei dan LCCT menghentikan operasinya. Namun AirAsia mengumumkan bahawa syarikat itu hanya akan berpindah pada 9 Mei," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen dengan kerjasama beberapa agensi lain telah berbincang dengan syarikat penerbangan bahawa akan berlaku kesesakan sepanjang proses perpindahan itu.

"Kesesakan telah dijangka jika para pegawai dari agensi kerajaan terpaksa mengendalikan dua lapangan terbang serentak. AirAsia telah dimaklumkan mengenainya," katanya.

Aloyah berkata, sejak klia2 dibuka pada 2 Mei, beberapa pegawai Imigresen ditempatkan di LCCT, selain peralatan telah dipindahkan ke sini.

"Sebelum klia2 dibuka, terdapat empat kaunter dan tiga sistem pagar automatik (autogate) untuk pemilik pasport Malaysia, dan 22 kaunter untuk warga asing," katanya.

Aloyah berkata, bilangan kaunter untuk warga Malaysia tidak dikurangkan tetapi hanya kaunter warga asing dikurangkan dari 22 kaunter ke 11 kaunter.

"Secara keseluruhannya, 60% pegawai Imigresen masih berada di LCCT untuk menguruskan penumpang dengan penerbangan AirAsia dan hanya 40% dipindahkan ke klia2.

"Kami berharap apabila semua penerbangan beroperasi dari klia2 pada 9 Mei ini, perkhidmatan kaunter Imigresen akan kembali normal," katanya.


Tags / Kata Kunci: Aloyah Mamat , Imigresen , LCCT , klia2 , sesak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan