PM Berbasikal Bersama 10,000 Peserta 'KL Car Free Morning'

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 2:26 PM

Perdana Menteri beramah mesra dengan peserta program 'KL Car Free Morning' di KLCC, Ahad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak seronok berbasikal dalam program 'KL Car-Free Morning' pagi Ahad dan menyifatkan kegiatan itu sebagai senaman yang hebat untuk dirinya.

"Saya begitu seronok berbasikal dalam program 'KL Car-Free Morning' anjuran DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bagi menyokong dasar kerajaan untuk mengurangkan 40 peratus pelepasan asap karbon dioksida menjelang tahun 2020," kata Perdana Menteri dalam status terbaharu Facebooknya.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kesesuaian bandar raya Kuala Lumpur untuk didiami dan oleh itu setiap orang perlu melakukan usaha secara kolektif untuk mempromosikan bandar raya ini supaya lebih hijau.

Beliau juga berkongsi tujuh keping gambar yang dirakamkan di sekitar KLCC yang menunjukkan beliau beramah mesra dengan peserta dan mereka juga mengambil kesempatan bergambar dan selfie bersama Perdana Menteri.

Najib, yang lengkap berpakaian sukan, menyertai 10,000 pelumba dalam program berbasikal 'KL Car-Free Morning' edisi kelima mengayuh basikal melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan P.Ramlee, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang bermula pukul 7 pagi.

Perdana Menteri selesai berbasikal pukul 8.10 pagi dan beramah mesra dengan peserta tempatan dan asing sebelum meninggalkan majlis.

Selain berbasikal, peserta turut menikmati program 'KL Car Free Morning' dengan berkasut roda dan bermain papan luncur selain berjoging bersama kawan dan anggota keluarga tanpa hiruk piruk kenderaan di kawasan tumpuan kesesakan jalan raya ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya sedia menimbang untuk menganjurkan program itu dua kali sebulan jika ada permintaan daripada warga kota supaya ia diadakan lebih kerap berbanding hanya pada Ahad minggu pertama setiap bulan sekarang.

"Kami sentiasa bersedia kalau penduduk KL nak dua bulan sekali untuk mereka nikmati persekitaran yang bersih.

"Ia merupakan satu pengiktirafan kepada usaha DBKL untuk menggalakkan gaya hidup sihat selain membolehkan orang ramai meluangkan masa secara berkualiti bersama keluarga.

"Untuk itu, DBKL setuju menyumbang sebanyak 400 basikal kepada 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Kuala Lumpur bagi menggalakkan lagi mereka berbasikal yang mana kita jangka setiap NGO akan dapat lima unit basikal," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana KL Car Free Morning , Datuk Naim Mohamad berkata, program itu dijalankan bagi mewujudkan suasana persekitaran yang sihat selain mengeratkan hubungan pelbagai lapisan masyarakat di bandar raya ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan