MCA Mahu Sertai Kabinet Untuk Khidmat Kepada Rakyat Dan Negara - Tiong Lai

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu mahu menyertai semula Kabinet bukan untuk mencari kedudukan, tetapi untuk berkhidmat kepada masyarakat Cina dan negara.

Beliau berkata parti itu perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat Cina dan akan menggunakan sumber kerajaan untuk membantu.

"(Pada masa yang sama) lebih banyak negeri akan (turut) mengambil exco (anggota majlis kerajaan negeri) (daripada MCA)," katanya selepas merasmikan acara berjalan kaki 'Dharma Walk 2014 - Strive On With Every Step' anjuran Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) di sini, Ahad.

Ditanya mengenai jawatan Kabinet yang ingin MCA pegang, Liow berkata: "Kami tidak berbincang kedudukan Kabinet di media.

"Saya minta maaf untuk itu, tetapi kami telah mengadakan perbincangan yang berterus terang dan baik dengan perdana menteri," katanya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa MCA untuk menyertai semula Kabinet bagi menjadikan parti itu lebih kuat dalam Barisan Nasional (BN) dan dapat turut membantu membentuk masa depan negara.

MCA memegang janji-janjinya tidak mahu mengambil jawatan kerajaan ekoran kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.

Pada Februari lalu, perwakilan pusat MCA meluluskan resolusi menduduki semula jawatan kerajaan.


Tags / Kata Kunci: Presiden MCA , Kabinet , Cina , Perdana Menteri

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan