LCCT Sesak, Penumpang Terpaksa Beratur Panjang

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 8:32 PM

Para penumpang yang tiba di LCCT, Sepang terpaksa beratur panjang dalam keadaan sesak dan tidak selesa sebelum mereka dapat melalui pemeriksaan imigresen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penumpang yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang terpaksa beratur panjang dalam keadaan sempit dan tidak selesa, terutamanya disebabkan oleh kesesakan di bahagian pemeriksaan imigresen pada Ahad.

"Keadaan di sini huru-hara. Saya tidak pasti barisan (beratur) ini ke mana, dan bahagian mana untuk pemeriksaan pasport asing dan Malaysia," kata peguam,Tharishni Arumugam, 27, yang merupakan salah seorang di antara seribu terperangkap dalam kesesakan di terminal itu.

Beliau juga berkata, penumpang berhadapan dengan keadaan eskalator yang tidak berfungsi, lampu malap dan penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik.

"Terdapat sejumlah besar yang naik untuk ke imigresen tetapi eskalator tidak berfungsi. Orang tua terpaksa membawa beg berat mereka," kata beliau.

Tarashini berkata, hanya sebilangan kecil pegawai imigresen yang menangani sejumlah besar penumpang.

"Saya tidak pasti apa yang telah berlaku. Nampaknya tiada pegawai imigresen apabila saya mendarat di sini pada kira-kira pukul 4 petang," kata Tharshini.

Tharishni, yang baru pulang dari Bangkok, berkata orang ramai akhirnya mula bergerak pada pukul 4.30 petang apabila lebih ramai pegawai imigresen yang ditugaskan di pintu masuk.

Beliau menambah, terdapat pegawai Rela di kawasan sekitar untuk memastikan keadaan masih terkawal.

Beliau berkata, keadaan yang tertekan itu menyebabkan ketegangan hampir berlaku.

"Boleh dengar orang menjerit dengan agresif. Saya anggap ia mungkin disebabkan ada yang memotong barisan," katanya.

"Saya berasa kecewa, marah dan kehairanan. Paling teruk adalah kami tidak dimaklumkan mengenai apa yang berlaku. Pihak berkuasa sepatutnya menjelaskan apa yang berlaku dan cuba untuk menguruskan orang ramai dengan lebih baik," katanya.

Tharishni menambah, ia adalah contoh pertama beliau mengalami kesukaran di pusat pemeriksaan imigresen LCCT, kerana kebiasaannya beliau mudah untuk menjalani pemeriksaan di lapangan terbang.

Seorang lagi yang sering mengembara, Keana Reinu, 21, berkata malah warga emas dan keluarga bersama anak-anak kecil terpaksa berhadapan dengan keadaan itu bersama bagasi mereka.

"Ia amat lembab dan kakitangan AirAsia terpaksa membawa penumpang khas ini ke hadapan dalam kesesakan itu," katanya, sambil menambah bahawa beberapa penumpang juga cuba merempuh laluan itu sehingga mencetuskan ketegangan di kalangan penumpang lain.

"Selain tiga pintu automatik pasport Malaysia, hanya dua pegawai Imigresen berada di situ untuk mengendalikan pemeriksaan penumpang secara manual manakala beberapa kaunter lain hanya kosong tanpa kakitangan," katanya, sambil menambah bahawa barisan ke kaunter imigresen itu berlanjutan sehingga ke landasan (tarmac).

Membuat tuntutan bagasi dan pemeriksaan kastam turut dilihat sebagai mimpi ngeri yang sama buat para penumpang, terutamanya selepas lebih banyak penerbangan mendarat di LCCT.

"Kakitangan terpaksa mengeluarkan bagasi dari laluan penghantar. Orang ramai tidak dapat mencari bagasi mereka kerana ia diletakkan di 'lautan' bagasi di atas lantai.

"Pemeriksaan kastam juga mengalami masalah kerana hanya satu lorong dan satu mesin yang dibuka," jelas beliau.

Secara keseluruhan, Keana mengambil masa lebih sejam untuk melepasi pemeriksaan di lapangan terbang. 

Beliau menambah amat bernasib baik kerana terdapat penumpang lain yang terpaksa menunggu lebih lama sebelum mereka boleh keluar dari lapangan terbang.

Tags / Kata Kunci: LCCT , Imigresen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan