Hudud: Pemuda Umno Jumpa Komponen BN

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.

Katanya pergerakan pemuda UMNO mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.

"Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan UMNO yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah," katanya kepada pemberita di Besut petang semalam.

Beliau berkata pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.

Khairy berkata beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.

"Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain," katanya.
Tags / Kata Kunci: Pemuda Umno , Barisan Nasional , Hudud , PAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan