Operasi SAR MH370 Perkukuh Hubungan Tentera Udara Malaysia-China

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 6:12 PM

Anggota tentera China dan Malaysia bergambar selepas mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang, di Subang, Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan hubungan antara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLAAF) dan rakan sejawatnya dari Malaysia, kata Kolonel Kanan Tentera Udara China, Liu Dian Jun.

"Adalah sedih kerana kita tidak mencapai matlamat kita dalam operasi ini tetapi kami telah menerima sokongan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam misi keseluruhan.

"Saya berharap kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera udara akan kekal selama-lamanya," katanya pada Sabtu.

Sentimen Liu itu disuarakan oleh Brigadier Jeneral TUDM, Datuk Sanusi Samion yang mengatakan bahawa hubungan di antara kedua-dua tentera udara berkembang berikutan misi SAR.

"Malah pegawai-pegawai dari kedua-dua negara tinggal di bangunan yang sama di Perth, Australia.

"Apa yang penting bagi saya adalah kedua-dua tentera udara mengekalkan hubungan yang mesra antara satu sama lain," katanya.

Sanusi turut memuji PLAAF kerana usahanya yang amat besar ditunjukkan dalam mencari serpihan pesawat yang hilang.

"Bagi pihak TUDM dan negara, kami mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kerja keras dan pengorbanan anda," katanya.

Dua buah pesawat IL-76 milik pasukan Tentera Udara China bersama 38 krew dari Australia yang menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) MH 370 selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang, di Subang pada Sabtu.


Tags / Kata Kunci: Sanusi Samion , TUDM , MH370 , Liu Dian Jun

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan