Calon Ketua AMK Sungai Petani Protes Nama Tiada Dalam Senarai

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 10:04 PM

Arvind Kumar (baju kemeja hitam). Foto Utusan

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Cabang Sungai Petani pada Sabtu kecoh apabila nama seorang calon bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu tiada dalam senarai.

Penyokong S. Arvind Kumar bertindak melakukan protes apabila mendapati nama Arvind Kumar tiada dalam senarai pencalonan atas alasan tidak layak bertanding. 

Perkara itu hanya diketahui Arvind Kumar apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Taman Seri Wangi di sini. 

Arvind Kumar berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pembatalan pencalonannya daripada ibu pejabat PKR.

Katanya, hanya terdapat seorang nama calon dalam senarai itu.

"Yang sakit hati ni sampai semalam kita dok kempen...seminggu dah saya dok kempen...so bila masuk pagi tadi...tengok dalam senarai AMK langsung tak ada (nama)...mana boleh menang tanpa bertanding?

"Saya panggil jawatankuasa pemilihan, depa semak. Jawapan mereka lepas (selesai) ketua cabang wanita baru jadual balik AMK. Jadi depa mintak tunggu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Angkatan Muda Keadilan , PKR , Arvind Kumar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan