MCA Tunggu Kata Putus PM Berhubung Jawatan Kabinet - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 4:12 PM

Liow Tiong Lai

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu akan menunggu kata putus daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatan kabinet selepas parti itu memutuskan menyertai semula kabinet.

"Perdana Menteri mengalu-alukan keputusan MCA menyertai semula kabinet namun, keputusan untuk menentukan jawatan kabinet akan dibincangkan dan (kita) tunggu kata putus daripada Perdana Menteri mengenai jawatan yang ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program "Teguh Bersama' MCA oleh Perdana Menteri di sini, Sabtu.

Resolusi untuk tidak menyertai kabinet tercetus apabila perhimpunan agung MCA 2011, yang ketika itu di bawah pimpinan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika ia gagal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Liow berkata, selama ini pucuk pimpinan tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain juga turut mengharapkan penyertaan semula MCA dalam kabinet kerana parti itu sebelum ini terikat dengan resolusi akibat kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13.

Resolusi itu diperakukan semula dalam perhimpunan agung MCA pada 2012 dan Mesyuarat Agung Luar Biasa parti pada 20 Oktober tahun lepas.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei 2013, MCA merekodkan prestasi terburuknya selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandinginya.

Namun pada 23 Februari lepas, MCA melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat, yang membuka laluan bagi parti itu kembali semula ke Kabinet.

Ditanya mengenai kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang kosong selepas penyandangnya, Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Liow berkata, MCA tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu namun perbincangan berhubung penentuan calon akan dimaklumkan kemudian.

"Ramai yang menyeru kami untuk tidak bertanding... semua pandangan akan diambil kira (tentukan calon) daripada pucuk pimpinan mahupun anggota parti, namun kami masih mempunyai masa kerana hari penamaan calon pada 12 Mei," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan