Najib: MCA Mesti Kekal Suara Masyarakat Cina - Berita Semasa | mStar

Najib: MCA Mesti Kekal Suara Masyarakat Cina

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 12:19 PM

Najib ketika majlis pelancaran Perhimpunan Perpaduan MCA bertemakan 'Teguh Bersama' di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini, Sabtu. -fotoTheStar/NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mesti kekal sebagai suara kepada masyarakat Cina di negara ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah Perdana Menteri juga menyambut baik hasrat parti itu untuk menyertai semula Kabinet dan Kerajaan serta pendirian mereka untuk kekal sebagai rakan penting dalam BN.

"MCA tidak boleh tinggal di luar Kerajaan. Mereka perlu menjadi sebahagian daripada Kerajaan.

"Kita akan menentukan masa depan Malaysia bersama-sama," katanya ketika melancarkan Perhimpunan Perpaduan MCA bertemakan 'Teguh Bersama' di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini, Sabtu.
Tags / Kata Kunci: Naib Tun Razak , MCA , Barisan Nasional

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan